August 8, 2009

Pertandingan Bola Sepak Pantai Hari Keluarga



PENGKALAN BALAK - Pasukan Markonah, yang terdiri dari gabungan pemain veteran dan remaja, muncul juara dalam pertandingan bola sepak pantai sempena Hari Keluarga Kelab Media Massa Melaka (KEMM).


Walaupun ketinggalan 0-1, pasukan Markonah berjaya menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan, sekaligus memaksa pemenang ditentukan menerusi lambungan syilling.


Lawan mereka, pasukan Pantai, walaupun kelihatan menguasai permainan selepas mendahului 1-0 menerusi Nazri Abu Bakar, nyata tenaga muda yang mewakili pasukan Markonah berjaya mengkucar-kacirkan pasukan lawan.


Pasukan Markonah pandai mencuri kesempatan akibat keadaan kelam-kabut di hadapan gol pasukan Pantai untuk menjaringkan gol yang dicari-cari, sekaligus memaksa pemenang ditentukan menerusi lambungan wang syilling setelah kedua-dua pasukan seri sehingga tamat permainan.


Sebanyak lima pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak pantai itu, yang menyaksikan setiap pasukan diwakili empat pemain lelaki dan seorang pemain wanita.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, turut hadir menyaksikan perlawanan akhir yang diadakan, di mana beliau telah diberi penghormatan melakukan sepak mula.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan dan Belia & Sukan, Datuk Ab Karim Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Latipah Omar.

Lagi Gambar Di : http://www.flickr.com/photos/foto_melaka/sets/72157621855492213/