January 8, 2009

Tutup Kedia

Akhirnya tiba juga edisi tutup kedai untuk menutup secara rasminya entry pasal Pulau Pinang ni. Sekali imbas nampak macam lama sangat di sana tapi hakikatnya dua hari je.

Sebenarnya apa yang dipaparkan hanya sebahagian kecil sahaja daripada tempat tempat menarik di pulau ini kerana kesuntukan masa telah menghalang saya daripada pergi ke lebih banyak tempat. InsyaAllah, ada kesempatan lain boleh lagi ke sana dan boleh lagi kita uploadkan entry sampai berminggu minggu lamanya.

Saya rasa ramai orang juga yang ada menyimpan banyak kenangan, samada kenangan manis atau sebaliknya, di pulau ini. Bagi saya, memang banyak kenangan di sini. Maklumlah, inilah antara tempat yang memang sentiasa menjadi tumpuan semenjak dari kecil lagi. Sekurang kurangnya dapatlah juga berkongsi pengalaman dan kenangan dengan semua yang setia mengikuti entry saya dari awal sehingga kini.

Selepas ini bercuti ke mana pula...? Pastinya ada...dan pastinya akan ada lagi entry yang berminggu minggu lamanya. Apapun...tunggu saja.

1 comment:

  1. The ferries are so cool. Man, I wish we had as much fun painting some of our transportation - no, the best we can do is cover our buses with paid ads. Blech!

    Cheers,
    Rockinon

    ReplyDelete