January 25, 2009

Welcome To Phnom Penh



Welcome to Phnom Penh (bahasa Khmer: Phnum Pénh)...ibu negara Cambodia atau Kemboja.

Bandaraya ini dinamakan sempena nama Daun Penh (Grandma Penh), yang turut digunakan sebagai nama sebuah kuil, iaitu Wat Phnom Daun Penh (Hill Temple) yang dibina sekitar tahun 1373. Phnom Penh, yang turut dikenali dengan jolokan 'Mutiara Asia' sejak 1920an, menjadi ibu negara Empayar Khmer selepas Raja Ponhea Yat (1393 - 1463) iaitu raja terakhir Empayar Khmer, memindahkan ibu negara dari Angkor Thom (ada entry yang ini nanti) selepas ianya ditawan Siam. Ia hanya menjadi pusat kerajaan yang kekal pada masa Raja Norodom I pada tahun 1866.

Phnom Penh merupakan bandaraya terbesar di Cambodia dan salah satu yang penting selain Sihanoukville dan Siem Reap. Ia merupakan sebuah destinasi pelancongan utama memandangkan ianya dikenali sebagai sebuah bandaraya yang mengabungkan senireka tradisi Khmer yang turut dipengaruhi senireka Perancis (Cambodia merupakan sebuah bekas jajahan Perancis). Lebih sejuta orang daripada jumlah penduduk seramai 13 juta mendiami bandaraya ini.

1 comment:

  1. oooo.. ke cambodia rupanya.. puas tak shoot kat angkor wat.. ;P dulu sy dah booking flight ke sana tapi bila dah disahkan ngandung terpaksa burn gitu je.. kwn2 tak kasi ikut, bahaya. sampai skrg rasa jeles dgn org yg dpt gi.. :(

    ReplyDelete